Thursday, January 24, 2019

NILAI-NILAI SISTEM PENGURUSAN ISLAM BERDASARKAN AL-QURAN DAN HADIS

NAMA AHLI KUMPULAN :


NURUL HANA BINTI ISHAK
(02DBS18F1023)
NURALIYA NATASHA BINTI HALMY
(02DBS18F1013)
NURUL WAHIDA BINTI HANAPI
(02DBS18F1031)
FATIN NUR’AFINI BINTI ROSLAN
(02DBS18F1041)
LEIZA SAFARIN BINTI ELIAS
(02DBS18F1011)

NAMA PENSYARAH : Puan Wan Ruswani Binti Wan Abdullah

TAJUK : NILAI-NILAI SISTEM PENGURUSAN ISLAM BERDASARKAN AL-QURAN        DAN HADIS

PENGENALAN

Pengurusan Islam merupakan salah satu satu proses penting bagi menguruskan seta membina nilai-nilai yang positif terhadap masyarakat menuju sebuah negara yang lebih maju dan moden. Penerapan nilai-nilai murni ke arah pembangunan insan yang seimbang dari segi akademik dan akhlak.Jika masyarakat tidak menerapkan elemen tersebut,masyarakat akan menjadi huru hara. Sebagai contoh, negara matahari terbit iaitu Jepun yang terkenal dengan kebijaksanaan dalam mencipta teknologi tinggi. Namun, kadar kematian akibat daripada kes pembunuhan juga merupakan ancaman terhadap masyarakatnya.

Pengurusan Islam juga merangkumi peranan tauhid sebagai asas pengurusan . Perintah Allah S.W.T Affendi Hassan berpendapat bahawa pengurusan islam ialah satu penggembelengan tenaga dan sumber melalui perancangan , arahan dan kawalan dalam sesebuah organisasi mengikut prinsip dan nilai yang ditetapkan dalam islam . Selain itu,pengurusan islam juga mengandungi segala perkara yang penting dalam aspek kehidupan manusia melibatkan perkara di dunia mahupun di akhirat kelak.

Di samping itu, sistem pengurusan Islam adalah lengkap dan sistematik di mana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusannya jelas, penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan yang meyeluruh dan terperinci, dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja


Firman Allah S.W.T :
“Dan kami turunkan kepadamu ( Wahai Muhammad ) kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan setiap sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang muslim” (surah al-Nahl 16:89). Selain itu, dijelaskan juga dalam surah al-an’am : “tiada kami tinggalkan sesuatu apa pun di alam kitab (al-quran) ini (surah al-an’am 6:28)

<!-- SCM Music Player http://scmplayer.co -->
<script type="text/javascript" src="http://scmplayer.co/script.js"
data-config="{'skin':'skins/tunes/skin.css','volume':50,'autoplay':true,'shuffle':true,'repeat':1,'placement':'top','showplaylist':false,'playlist':[{'title':'DEEN ASSALAM','url':'https://www.youtube.com/watch?v=WambBrMsqc8'}]}" ></script>
<!-- SCM Music Player script end -->


            Amanah merupakan nilai murni yang bertaut kepada konsep sikap bertanggungjawab yang dapat menimbulkan kepercayaan antara masyarakat. Disamping itu, amanah akan menuntut seseorang individu untuk bertanggungjawab.Hal ini juga dapat menilai kemampuan dan kebolehan seseorang dalam menjalankan tanggungjawabnya. Orang yang bertanggungjawab dalam setiap tugasnya akan diragui tentang amanah yang dilaksanakan.Dalam erti kata lain sikap bertanggungjawab itu sebenarnya telah mengundang kepercayaan orang lain kerana keupayaannya memikul segala amanah yang telah diberikan.

Sifat Amanah merupakan salah satu daripada sifat rasul yang dipilih bagi menyebarkan ketinggian dan kesucian islam .Hal ini membuktikan bahawa agama islam merupakan agama yang benar dan mutlak untuk setiap umat manusia di muka bumi ini. Selain itu, amanah merupakan salah satu sifat wajib bagi Rasullulah SAW .Rasullulah menjadikan amanah sebagai kunci bagi mendapatkan kepercayaan manusia untuk meyakini bahawa setiap seruan yang dibawanya itu adalah benar. Para Rasul  bersikap amanah atas arahan dan petunjuk daripada Allah SWT serta bertangggungjawab memberitahu segala kebenaran tentang ajaran agama islam lalu menyeru manusia agar meyakini bahawa Allah SWT adalah tuhan yang layak disembah .

Setiap manusia mestilah melakukan suruhannya dan meninggalkan larangannya. Sikap amanah yang ditunjukkan oleh para rasul  yang setia serta tidak berbelah bagi untuk meyakini kebenaran ajaran tersebut meskipun golongan penentang tidak berhenti mencaci dan memperlehkan ajaran dibawa. Hal ini telah terbukti dalam satu situasi Nabi Muhammad  S.A.W telah mempersetujui untuk menghakimi pertelingkahan berkaitan kelayakan meletakkan Hajarul Aswad ditempatnya semula. Pemilihan ini dipersetujui kerana setiap daripada mereka mengakui bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah orang yang paling amanah sekali.

Misalnya manusia secara individu diberi amanah berupa umur oleh Allah. Pertanyaannya adalah digunakan untuk apa umur tersebut? Apakah umur itu digunakan untuk hal-hal yang bermanfaat seperti bekerja, melaksanakan ibadah puasa, membaca Al Qur’an, dan yang lainnya. Bila kita sebagai individu sudah melaksanakan amanah tersebut sesuai tuntunan-Nya, maka kita pantas disebut orang yang dapat dipercaya alias bisa menjalankan amanah dari-Nya. Sebaliknya bila kita salah menggunakan amanah tersebut misalnya bermalas-malasan, tidak mau bekerja, hanya berdiam saja di rumah, maka kita oleh Allah dianggap orang yang tidak dapat dipercaya alias tidak beramanah seperti dalam firman Allah, yaitu:

 

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu, sedangkan kamu mengetahui.” (QS. Al Anfal: 27)

Tambahan pula, nilai yang perlu wujud dalam diri seseorang pemimpin adalah sifat amanah dan akauntabliti yang tinggi. “Sesungguhnya pemimpin hendaklah amanah dalam menjalankan tugasnya sama ada dari aspek perkataan iaitu jujur dengan mengotakan setiap yang dijanjikan dan juga melalui perbuatannya dengan menunaikan sekadar termampu kepada orang bawahannya yang memerlukan bantuan dan pertolongan” . Manakala konsep akauntabiliti seperti yang dijelaskan oleh Siti Arni Basir32 yang bermaksud  “seseorang individu yang memikul tugasan hendaklah melaksanakannya dengan sebaik mungkin dan perlu menjawab terhadap sebarang permasalahan yang timbul kesan daripada pelaksanaan tugas tersebut”. Menurut Islam pula, konsep akauntabiliti merupakan suatu amanah yang wajib dipikul oleh setiap individu dan akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT segala tindakannya pada hari akhirat kelak. Oleh itu, konsep akauntabiliti ini adalah selari dengan firman Allah SWT dalam al-Quran iaitu:


“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah (atom), nescaya akan diperlihatkannya (dalam surat amalannya). Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah (atom) pun, nescaya akan diperlihatkannya (dalam surat amalnya).”
(Surah al-Zalzalah, 99: 7-8)



       Jelaslah bahawa nilai amanah merupakan nilai murni yang sewajarnya dihayati dan disepakati oleh manusia untuk terus dipertahankan demi menjaga keamanan dan keharmonian dalam kelangsungan hidup umat manusia di muka bumi ini.Oleh itu, setiap manusia haruslah meletakkan sikap amanah dalam diri agar dapat mengelakkan daripada berlakunya pergaduhan di kalangan manusia.



HUJAH

Sebagai kesimpulan, tugasan merupakan satu amanah yang perlu ditunaikan dengan bersungguh-sungguh , tekun dan berintergriti .Hal ini juga merupakan perkara penting bagi seseorang pemimpin . Malah tugasan yang diberikan akan dilaksanakan dengan sempurna .Justeru itu,nilai tersebut dapat memantapkan sistem pengurusan dalam sesebuah organisasi agar berteraskan panduan islam yang termaktub dalam kitab suci al-quran.

Oleh itu , sesebuah organisasi perlu mempunyai matlmat atau objektif yang tersendiri bagi menentukan hala tuju yang hendak dicapai . Seterusnya, segala usaha dijalankan kearah objektif pengurusan islam dan perancangan dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan mengambil pengalaman . Akhir sekali , membolehkan pengukuran dapat dilakukan dengan sebaiknya



LAMPIRAN











RUJUKAN

1)
 2)


 3)