POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
Subjek: Pengajian Malaysia
Nama Pensyarah: PUAN HAYATI BINTI TALIB
Kelas: DBS1A
Tajuk: Sejarah Dan Politik
Ahli Kumpulan 1:
Nama: LEIZA SAFARIN BINTI ELIAS
No.Pendaftaran:02DBS18F1011
No.Pendaftaran:02DBS18F1011
Nama: NURUL WAHIDA BINTI HANAPI
No.Pendaftaran:02DBS18F1031
Nama: MANIESYA BINTI ABD.MURAD
No.Pendaftaran:02DBS18F1035
Nama: NURHAYATI BINTI NOR' AZMAN
No.Pendaftaran:02DBS18F1008
Nama: SYAFIQAH HAZIQAH BINTI HASHIM
No.Pendaftaran:02DBS18F1033
Nama: FATIN NOR NABILA BINTI MOHD NOR
No.Pendaftaran:02DBS18F1032
SEJARAH DAN POLITIK
FAKTOR-FAKTOR
PERKEMBANGAN ISLAM DI ZAMAN KESULTANAN
MELAYU MELAKA
Pengenalan
Seawal abad ke-15, Islam telah mula bertapak di Melaka.
Sultan Megat Iskandar Shah merupakan sultan yang pertama memeluk agama Islam.
Baginda juga merupakan putera kepada Parameswara. Sejak pada itu, Melaka mula
berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam. Selain itu, Islam dijadikan
sebagai agama rasmi pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456).
Baginda juga memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum
Kanun Melaka. Terdapat beberapa faktor perkembangan Islam di Zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Antaranya ialah faktor perkahwinan, faktor perdagangan, faktor
penaklukan dan politik, faktor peranan ulama' dan ahli sufi dan lain-lain.
Sebelum
kedatangan Islam di Melaka, masyarakat Melayu mempercayai kepercayaan seperti
animisme dan Hindu-Buddha yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Kehidupan
mereka penuh dengan unsur kepercayaan tahyul dan karut seperti roh dan jiwa.
Sebaliknya kedatangan Islam telah menukar kepercayaan dan gaya hidup rakyat
Melaka. Islam merupakan sebuah agama yang sangat sesuai untuk semua lapisan
masyarakat dalam semua zaman. Islam adalah berteraskan aqidah, ibadah, syariah
dan akhlak yang memberikan kebahagian di dunia dan di akhirat. Ini menyebabkan
agama Islam mudah diterima dan difahami oleh seluruh masyarakat Melaka. Dalam
aspek sosial, Islam menegaskan bahawa tiada perbezaan darjat dan orang yang
bertaqwa sahaja yang mulia di sisi Allah S.W.T. Islam memberi jaminan dan
keadilan sosial kepada umatnya tanpa membezakan antara yang kaya atau miskin.
Malahan Islam sentiasa menanamkan sifat-sifat Mahmudah (terpuji) dan mengelakkan
sifat-sifat Mazmumah (tercela). Sementara dari aspek ekonomi pula, Islam
mengharamkan umatnya menipu dan melakukan riba' sebaliknya Islam mempunyai
peraturan tertentu yang berlandaskan hukum Islam seperti mu'amalat, zakat dan
sebaginya. Dalam aspek politik, Islam menggalakkan umatnya berlaku adil dan
tidak mengambil rasuah ianya akan membawa kepada kehancuran masyarakat dan
negara. Keadaan ini menyebabkan Islam mempunyai daya tarikan kuat kepada rakyat
Melaka yang sebelum ini dipengaruhi kefahaman Hindu yang kompleks dan rumit
terutama sistem kasta yang menyukarkan keadaan dalam mewujudkan perpaduan dan
kerjasama antara satu sama lain.
Di
samping itu, perdagangan merupakan salah satu aspek penting dan berkesan dalam
proses mengembangkan dakwah Islamiyyah di Kesultanan Melayu Melaka. Pedagang
Arab, Parsi, India dan Melaka telah berdagang sesama mereka sejak beberapa
kurun sebelum Masihi hingga ke zaman kedatangan Islam pada abad ke-7 dan ke-8
Masihi. Mereka telah berjaya mengislamkan penduduk tempatan dengan mengadakan
hubungan baik dengan para pembesar tempatan dan saudagar-saudagar dari kerajaan
lain seperti Perlak, Pasai dan Aceh. Terdapat segelintir daripada
pedagang-pedagang tersebut menetap sementara untuk menyebarkan dakwah kepada
rakyat Melaka. Seterusnya, Islam mungkin tersebar di Zaman Kesultanan Melayu
Melaka sejak awal abad Hijrah lagi menurut T. W. Arnold. Kemungkinan ini
berdasarkan laporan pedagang-pedagang Arab yang telah berdagang dengan Melaka
dan China. Kedudukan strategik Melaka sebagai sebuah pelabuhan maritim yang
bertaraf antarabangsa telah menggalakkan pedagang Arab, Parsi dan India
berdagang di Melaka. Sementara menunggu perubahan angin monsun, para pedagang
dari Timur dan Barat menjadikan Melaka sebagai pusat persinggahan.
Pedagang-pedagang Arab secara tidak langsung menyebarkan dakwah Islamiyyah
melalui persinggahan ini. Sebahagian mereka menjadi guru agama dan menjadikan
surau dan masjid sebagai tempat pengajian agama. Selain itu, pelabuhan Melaka
menjadi tumpuan pedagang dari Gujerat, Palembang, Jawa dan China kerana
kemudahan perdagang yang baik dan keselamatan yang terjamin. Ini menjadikan
Melaka sebagai tempat pertukaran barang-barang di mana ianya telah menarik
perhatian saudagar-saudagar Islam dari Arab dan India untuk berdagang ke
Melaka.
Tambahan
pula, kekaburan agama Hindu ialah salah satu sebab penyebaran Islam ke Melaka.
Agama Hindu merupakan satu fahaman yang amat kompleks dan sukar difahami
walaupun telah tersebar ke Melaka semenjan berabad-abad. Ajaran Hindu juga
lebih mentikberatkan soal dongeng dan dewa-dewa yang hanya difahami oleh
sami-sami mereka sahaja. Keadaan ini telah menjejaskan kepercayaan
penganut-penganut agama tersebut. Sebaliknya agama Islam adalah salah satu
agama yang mudah difahami dan dapat diterima oleh semua golongan. Hanya dengan
menerima konsep ketuhanan yang esa dan Nabi Muhammad sebagai pesuruhNya, maka
keislaman seseorang itu telah diterima. Penganut-penganut agama Islam
dijelaskan dengan konsep Tuhan yang menjadikan seluruh alam, mempunyai
kekuasaan dan tidak menyerupai apa-apa benda sekalipun. Hal ini dengan mudah
menarik orang-orang Melayu menerima Islam. Jika diteliti dengan lebih mendalam,
golongan ulama' dan ahli sufi juga memainkan peranan penting dalam perkembangan
agama Islam ke Melaka. Sifat mereka yang mudah bergaul dan beramah mesra dengan
pelbagai lapisan masyarakat telah menarik minat penduduk tempatan untuk
mempelajari Islam. Sehubungan dengan itu, suasana harmoni yang terjalin di
dalam perhubungan antara ulama' dengan golongan saudagar yang telah memeluk
Islam telah menjadikan mereka berpengaruh besar. Para ulama' berperanan penting
dalam pentadbiran kerajaan-kerajaan seperti Perlak, Samudera Pasai, Acheh,
Melaka dan sebagainya. Contohnya, dalam kerajaan Acheh, lahir ramai tokoh-tokoh
ulama' yang berperanan penting dalam menyebarkan Islam. Antaranya ialah Hamzah
Fabsuri, Nuru al-Din al-Raniri, Abdul al-Rauf Singkel dan Syams al-Din
al-Sumatra. Mereka telah hasilkan banyak karya-karya berbentuk keagamaan. Kerajaan-kerajaan
Islam seperti Perlak, Pasai, Melaka dan Acheh wujud pada abad ke-14, 15 dan 16.
Penyebaran Islam menjadi semakin pesat oleh kerana wujudnya kerajaan-kerajaan
tersebut. Faktor penentangan kuasa Kristian seperti Portugis telah membawa
kepada perkembangan Islam di Melaka dengan lebih pesat lagi.
Perkahwinan
Sehubungan dengan itu, perkahwinan merupakan antara faktor
tersebarnya Islam ke Melaka. Ramai saudagar yang datang ke Melaka merupakan
golongan kaya raya. Sesetengahnya mempunyai hubungan yang rapat dengan
pembesar-pembesar tempatan. Dengan kekayaan yang ada, mereka berjaya
mempengaruhi wanita-wanita tempatan untuk dijadikan isteri. Malahan ada
saudagar yang dapat berkahwin dengan puteri-puteri dari kalangan anak pembesar
terutamanya di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Perhubungan keluarga telah
memudahkan para pedagang Islam berdakwah secara terus dengan kaum kerabat
mereka sendiri. Perkahwinan ini juga sekurang-kurangnya dapat menarik minat
pembesar-pembesar tempatan untuk menerima Islam. Biasanya apabila
pembesar-pembesar menerima Islam maka seterusnya akan diikuti gologan bawahan
ataupun rakyat secara beramai-ramai. Hasilnya bertambahlah Selaras dengan itu,
Sultan Melaka juga mempunyai peranan besar dalam perkembangan Islam di Melaka.
Baginda telah menyambut baik dan menyediakan tempat tinggal kepada pendakwah di
samping mengalakkan penyebaran Islam. Contohnya, dengan mewujudkan institusi
agama dan menjadikan istana tempat menjalankan aktiviti Islam. Melaka mempunyai
ramai tentera upahan dari Jawa. Mereka memeluk Islam semasa bertugas di Melaka
dan menyebarkannya apabila pulang ke tempat asal mereka. Kemudan, Melaka
mempunyai tanah jajahan taklukan yang luas. Oleh itu, kebanyakkan raja negeri
taklukan Melaka memeluk Islam sebagai tanda taat setia mereka kepada Melaka dan
menjamin keselamatan negeri. Kesusasteraan dan penulisan juga menjadi faktor
penting tersebarnya Islam di Melaka. Selepas kedatangan Islam, muncul tulisan
jawi yang berasal daripada abjad huruf Arab. Dengan adanya tulisan tersebut
maka bahasa Melayu berkembang dengan pesat sekali. Nahu dan perbendaharaan
bahasa Melayu dilengkapkan dengan pengaruh unsur-unsur nahu dan kata-kata Arab
hingga bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar bagi sistem pelajaran dan
pendidikan di Melaka. Berbagai-bagai bentuk sastera Arab seperti syair, sajak,
nazam, dan sebagainya telah mempengaruhi bahasa Melayu. Akhirnya, lahir ramai
tokoh pengarang Islam dalam kalangan para ulama yang gigih menghasilkan karya
sastera yang berunsur Islam. Banyak karya terjemahan tentang kisah-kisah Nabi
Muhammad SAW dan sahabat menarik minat dan perhatian penduduk Melaka.
Contohnya, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Nabi Wafat,
Hikayat Nabi Mengajar Anaknya Fatimah, Hikayat Nur Muhammad.
Pengislaman
Raja dan Golongan Bangsawan
Pengislaman pemerintah merupakan antara faktor bagi
perkembangan Islam di Alam Melayu. Contohnya ialah di Melaka, apabila raja
Melaka, Parameswara memeluk Islam ramai pengikut-pengukut dan rakyat jelata
yang masuk Islam. Dalam masyarakat Asia Tenggara amnya, dan masyarakat Melayu
khasnya terdapat konsep taat kepada pemerintah yang dikenali sebagai daulat dan
derhaka.
Konsep ini timbul kesan daripada pendewaan pemerintah yang
berlebih-lebihan oleh penduduk kawasan ini. Sebelum Islam, raja-raja dianggap
sebagai penjelmaan atau titisan dewa-dewa. Dengan itu muncul konsep dewaraja.
Walaupun konsep ini bertentangan dengan akidah Islam, akan tetapi kemudiannya
ia telah membantu penyebaran Islam dengan cepat dan mudah di Asia Tenggara.Apabila
raja-raja telah dapat diislamkan oleh para mubaligh atau pendakwah, maka
seluruh rakyatnya ikut serta memeluk Islam, bukan kerana meereka memahami agama
itu dengan mendalam tetapi semata-mata kerana taat kepada raja. Namun kemudian
kelas-kelas agama diadakan untuk rakyat jelata mempelajari dengan lebih
mendalam mengenai agama Islam. Kes-kes ini jelas dilihat dalam pengislaman
kerajaan Melaka, Kedah dan Patani.Sejarah Melayu mengesahkan bahawa apabila Raja Kecil Besar
memeluk Islam, baginda telah diikuti oleh pembesar-pembesar dan rakyanya.
Begitu juga cerita Hikayat Merong Mahawangsa tentang pengislaman Kedah dan
Hikayat Patani tentang pengislaman Patani.
Apabila pemerintah memeluk Islam, kebanyakan nama mereka
ditukar dan digelar sebagai sultan. Dalam proses pengislaman pemerintah
saudagar-saudagar berperanan sebagai pendakwah. Saudagar-saudagar ini bukan
sahaja berdagang tetapi juga menyebarkan Islam. Selalunya saudagar ini terdiri
daripada orang yang kaya dan dapat menarik minat golongan pemerintah dengan
kekayaan yang mereka miliki.
Penaklukan
Penaklukan juga tidak kurang pentingnya menjadi faktor
pendorong tersebarnya Islam di Nusantara ini. Apa yang dimaksudkan ialah
penaklukan yang dilakukan oleh sesebuah negara Islam ke atas daerah lain. Jika
daerah yang ditawan itu belum Islam maka dengan penaklukan itu para pembesarnya
akan terpengaruh dengan Islam kerana motif politik, kedudukan, ekonomi dan
sebagainya. Jika daerah yang ditawan itu telah Islam maka dangan penaklukan
itu, Islam dapat dikembangkan dengan lebih berkesan lagi.
Kerajaan Pasai sebagaimana yang diterangkan dalam catatan
Ibnu Batutah telah meluaskan kuasa politiknya ke daerah sekitarnya dengan
peperangan lalu Islam tersebar di daerah tersebut.
Namun peperangan bukanlah satu cara yang digunakan untuk
menyebarkan Islam seperti yang didakwa oleh Barat, meskipun ada penaklukan yang
berlaku tetapi bukan dengan cara kekerasan dan paksaan.Memang banyak peperangan yang berlaku yang embawa kepada
pengislaman wilayah yang dikalahkan oleh kerajaan Islam. Sebagai contoh,
penaklukan Melaka ke atas beberapa negeri telah menyebabkan negeri itu menerima
Islam. Melaka semasa zaman kekuasaan Bendahara Tun Perak telah berjaya menakluki
beberapa daerah di Tanah Melayu dan Sumatera seperti Pahang, Terengganu,
Patani, Kampar, Inderangiri, Rokan, Siak, Johor, Bangkalis dan lain-lain.Oleh itu Islam tentunya dapat disebarkan dengan mudahnya di
daerah jajahan takluk tersebut. Begitu juga dengan penaklukan Demak ke atas
Majapahit telah mengislamkan penduduk kawasan pedalaman Pulau Jawa itu.
Kerajaan Acheh yang merupakan sebuah empayar Islam yang
tersebar di abad 16 dan 17 di Asia Tenggara ini yang mempunyai jajahan takluk
yang luas di Sumatera dan Tanah Melayu tentunya dapat menyebarkan Islam dengan
mudah juga di daerah tanah tajahannya itu. Memangnya ada tercatit dalam sejarah
Acheh bahawa kerajaan Acheh telah mengirimkan para pendakwah Islam ke daerah
tanah jajahannya itu di Tanah Jawa.Kerajaan Islam Demak juga telah menakluki daerah-daerah yang
diperintah oleh kerajaan-kerajaan Hindu. Misalnya kerajaan Hindu Majapahit
telah ditewaskan dan dijadikan tanah jajahan takluknya. Dengan ini maka
Majapahit bertukar menjadi sebuah negara Islam.Di samping itu seperti yang diperkatakan sebelum ini,
kesetiaan rakyat Melayu (penduduk Asia Tenggara) kepada raja telah menyebabkan
mereka dengan mudah memeluk Islam. Perkara ini turut jelas dapat dilihat di
Jawa. Setelah Demak menawan Majapahit dan mengambil alih pemerintahan kerajaan
Jawa yang teragung itu, hampir seluruh penduduk kawasan itu memeluk Islam.
Golongan yang tidak mahu menerima Islam telah melarikan diri ke Bali dan
kawasan-kawasan yang dikuasai oleh orang bukan Islam. Mereka memeluk Islam
bukan dipaksa oleh Demak tetapi mereka mengikut agama orang yang memerintah
mereka.
Peranan Pusat Kebudayaan
Kesusasteraan juga telah menjadi saluran penting kepada
penyebaran Islam di Asia Tenggara. Dengan kedatangan Islam, masyarakat di Alam
Melayu sebagai bahasa perhubungan utama. Dengan adanya satu bahasa ini,
kegiatan menyebarkan Islam menjadi lebih mudah dan lancar. Kedatangan Islam
juga telah memperkenalkan tulisan jawi. Hal ini memudahkan para ulamak dan
pendakwah mengajar tentang ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana mereka dapat
menguasai tulisan jawi.
Menjelang abad ke-10 M, keadaan dunia Islam kucar-kacir.
Kerajaan Abbasiyah semakin lemah menyebabkan wilayah-wilayah di bawah kuasanya
mula memerdekakan diri. Peperangan untuk merebut wilayah di antara
kerajaan-kerajaan kecil itu sering sahaja berlaku. Keadaan kacau-bilau dan
porak peranda ini telah mengecewakan segolongan masyarakat Islam ang
beranggapan bahawa kekacauan dan keadaan ini berlaku akibat daripada umat Islam
yang terlalu mementingkan kebendaan masa itu. Oleh itu golongan ini telah
mengasingkan diri daripada orang ramai dan hidup sebagai ahli-ahli sufi yang
mengamalkan tarikat dan tasawuf.
Di zaman keagungan Melaka dan Acheh, Bahasa Melayu telah
dijadikan bahasa pengantar dalam system pendidikan mereka. Pelbagai bentuk
sastera Arab seperti syair dan gurindam talah mempengaruhi Bahasa Melayu.
Hasilnya sastera-sastera Islam telah dikembangkan melalui Bahasa Melayu dan ini
sudah tentu dapat mengembangkan lagi fahaman orang-orang melayu terhadap ajaran
Islam.Beberapa tokoh karyawan dan ulama luar dan tempatan telah menghasilkan
karya-karya yang berunsur Islam sama ada dalam bentuk asli ataupun terjemahan
dan saduran. Sebahagian besar daripada karya tersebut seperti Hikayat Nabi
Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Amir Hamzah dan sebagainya begitu
diminati oleh orang Melayu.
Karya-karya ini mengandungi pelbagai unsur yang boleh
mendekatkan kefahaman pembacannya kepada ajaran Islam itu sendiri. Bidang
kesusasteraan Islam begitu pesat berkembang di Acheh sehingga melahirkan ramai
tokoh satera seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri yang berhasil
mengarang pelbagai jenis kitab agama. Kitab-kitab ini kemudiannya disebarkan
keseluruh jajahan takluk dan hal ini sudah tentu membantu penyebaran Islam ke
Alam Melayu atau Nusantara.
Peranan Mubaligh
Pendakwahan oleh para ulama dan ahli-ahli sufi merupakan
cara penyebaran Islam yang paling meluas dan berkesan. Pendakwahan ini telah
dijalankan sejak abad ke-8 M lagi.
Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz (717-720 M),
pengiriman pendakwah-pendakwah ke Asia Tenggara telah giat dijalankan. Beliau
berjaya mengislamkan pemerintah Kerajaan Suwarnabhumi atau Melayu Jambi yang
bernama Sri Indravarman. Sri Indravarman ialah seorang Maharaja Srivijaya yang
namanya dikenali dalam catatan China sebagai Shih-li-t-’o-pa-mo. Pada tahun 100
H (718 M) Maharaja Srivijaya itu mengutus sepucuk surat kepada Khalifah Umar
bin Abdul Aziz dan memohon baginda menghantar seorang ulama bagi menerangkan
tentang agama Islam. Kerajaan Majapahit bertukar nama kepada Sribuza Islam
kemudiannya.
Sekitar tahun 820 M, sebuah rombongan mubaligh Mazhab Syiah
yang diketuai nakhoda khalifah telah sampai di Perlak. Rombongan itu telah
berjaya mengislamkan pemerintah dan penduduk Perlak dan menjadikannya sebagai
kesultanan Islam yang pertama di Asia Tenggara. Oleh itu pada peringkat awal
ini, Islam yang tersebar di sekitar pesisir pantai utara Sumatera adalah Syiah.
Menjelang abad ke-10 M, keadaan dunia Islam kucar-kacir.
Kerajaan Abbasiyah semakin lemah menyebabkan wilayah-wilayah di bawah kuasanya
mula memerdekakan diri. Peperangan untuk merebut wilayah di antara
kerajaan-kerajaan kecil itu sering sahaja berlaku. Keadaan kacau-bilau dan
porak peranda ini telah mengecewakan segolongan masyarakat Islam ang
beranggapan bahawa kekacauan dan keadaan ini berlaku akibat daripada umat Islam
yang terlalu mementingkan kebendaan masa itu. Oleh itu golongan ini telah
mengasingkan diri daripada orang ramai dan hidup sebagai ahli-ahli sufi yang
mengamalkan tarikat dan tasawuf.Ahli-ahli tarikat ini kemudian telah keluar dari Tanah Arab
untuk menyebarkan agama Islam mengikut fahaman mereka. Merekalah yang memainkan
peranan penting dalam penyebaran agama Islam pada abad ke-13 M dan selepasnya
di Nusantara.Sekitar tahun 1260-an utusan dari Makkah yang dipimpin oleh
seorang ulama Sufi bernama Syeikh Ismail al-Siddiq datang untuk menyebarkan
Islam di Asia Tenggara. Bersama-sama beliau ikut serta seorang ulama sufi dari
Malabar India, bernama Fakir Muhammad.Mengikut Hikayat Raja-raja Pasai dan Sejarah Melayu mereka
telah menyebarkan agama di Lamburi (Acheh), Perlak dan Pasai.Di Pasai juga telah didatangi ulama seperti Syarif Amir
Sayyid al-Syirazai dan Tajuddin al-Asfahani. Selain itu para ulama yang
menyebarkan Islam di Melaka boleh dikatakan semuanya terdiri daripada ahli
sufi. Antaranya Syeikh Abdul Aziz, Maulana Abu Bakat dan Maulana Yusuf.Setiap ulama sufi sampai di Asia Tenggara mengajar agama
secara formal yang pada mulanya di istana-istana dan kemudian di masjid-masjid
atau rumah-rumah mereka. Institusi ini kemudian telah berkembang menjadi
sekolah-sekolah tersendiri yang dikenali sebagai pondok atau pensantren. Di
Acheh ia dikenali sebagai dayah (yang berasal daripada perkataan zawiyah).Dengan adanya institusi-institusi pendidikan ini membolehkan
agama Islam diajar dengan lebih mendalam dan sempurna. Di samping itu,
institusi ini juga telah melahirkan ulama dan ahli-ahli sufi tempatan yang
kemudian menggantikan ulama luar menjalankan tugas menyebarkan agama Islam di
kawasan ini.
Dalam zaman keagungan kerajaan Acheh pada abad ke-16 dan
ke-17, telah lahir ulama sufi yang terkenal seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin
al-Sumatrani dan Abdul Rauf Singkel.
Di Jawa telah lahir ulama tasawuf yang terkenal yang
dipanggil Wali Songo. Mereka adalah sembilan ulama yang terkemuka yang
berperanan menyebarkan Islam di pulau itu.
Kesimpulan
Berdasarkan penjelasan di atas, jelas menunjukkan bahawa
faktor-faktor ini telah membawa pengaruh yang cukup besar terhadap perkembangan
Islam secara lebih pesat dan berkesan di Melaka. Antara sebab-sebabnya ialah
melalui perdagangan, perkahwinan dan penaklukan. Bahkan, ia turut menjadi
pemangkin kepada pertumbuhan pusat-pusat perkembangan Islam yang utama di
Melaka. Oleh yang demikian, kita haruslah berganding bahu dalam mempertahankan
agama Islam yang telah lama bertapak di Malaysia.
POLITIK
SUSUN
LAPIS PEMERINTAHAN MELAKA
Sistem
pentadbiran di Melaka mempunyai susun lapisan pemerintahan mengikut heiraki
pemerintahan yang mana tergolong daripada golongan yang pemeritah dan golongan
yang diperintah.Golongan pemerintah tergolong daripada Raja atau Sultan,
kerabat diraja dan para pembesar, manakala golongan daripada golongan yang
diperintah pula terdiri daripada artisan, para pedagagan ,rakyat biasa dan
hamba. Kestabilan politik melaka pada peringkat awal dikatakan bermula daripada
kebijaksanaan pemerintahnya iaitu Parmeswara yang bijak memerintah dna
mentadbir politik Melaka. Hal ini kerana Parameswara mempunyai pengalaman
berpolitik dan mentadbir ,iaitu pengalaman semasa menjadi Raja di Palembang dan
Singapura yang membolehkan Parameswara merancang skema untuk memajukan Melaka.
Dalam mengawal dan menstabilkan politik,
Sultan memainkan peranan yang terpenting. Sultan menduduki heiraki teratas yang
berkuasa mutlak, hal ini dapat dilihat kerana Sultan mempunyai kuasa dalam
semua perkara. Contohnya, Sultan berhak menjatuhkan apa sahaja hukuman terhadap
pesalah dan penderhaka. Pelantikan Sultan adalah berdasarkan keturunan iaitu
dimana putera sulung akan menggantikan Sultan Karisma dan daya kepimpinan Parameswara
tentu tidak bererti jika tanpa para pembesar. Premis kewibawaan politik dan
kepimpinan yang dimiliki oleh Parameswara disokong pula oleh para pembesar dan
menterinya. Sejarah Melayu dengan jelas mengatakan bahawa semasa memerintah
Singapura, Parameswara dibantu oleh para pembesarnya sebagai jentera pemerintah
bagi menjalankan dasar kejayaanya. Secara umum, hierarki para pembesar ini
adalah seperti berikut:
PEMBESAR UTAMA
Bendahara
·
Sebagai
bapa mentua raja.
·
Menteri
utama yang menyamai peranan Perdana Menteri sekarang.
·
Bertindak
sebagai penasihat kanan raja .
·
Berketurunan
raja dan mempunyai pertalian rapat dengan raja.
·
Pemangku
raja semasa ketiadaan raja .
·
Bertindak
sebagai ketua hakim sekiranya raja tidak.
·
Pemilih
dan pelantik raja.
·
Menguruskan
soal pentadbiran negeri dan jajahannya.
·
Orang
kedua terpenting dalam angkatan tentera selapas raja.
Penghulu
Bendari
·
Mengawal
pembendahara negara.
·
Bertanggungjawab
memugut cukai dan hasil negara.
·
Menyimpan
daftar hamba raja.
·
Ketua
semua syahbandar.
·
Bertanggungjawab
soal adat istiadat dan sagara hal ehwal berkaitan dengan istana.
Temenggung
·
Pelaksana
atau ketua undang-undang, peraturan negeri dan keselamatan.
·
Digelar
juga sebagai Ketua Polis Negara
·
Pendakwa
raya sekiranya berlaku kesalahan individu yang berbukti.
·
Ketua
protokol dalam soal adat istiadat.
Laksamana
·
Pahlawan
dalam peperangan, terutama di laut.
·
Digelar
'raja di laut'.
·
Mengetuai
semua pahlawan kerajaan.
·
Memikul
pedang kerajaan dalam upacara rasmi.
·
Diplomat
dan membawa utusan kerajaan.
·
Pengawal
peribadi diraja.
Seperti
yang telah disebutkan lebih awal, pembesar-pembesar utama ini dibantu oleh
pembesar-pembesar seperti bentara, sida-sida dan para Biduanda. Kemuncak sistem
berkerajaan ini ialah raja. Baginda digelar Raja atau Duli Yang Dipertuan.Gelaran
Sultan mula digunakan apabila Seri Maharaja menjadi Raja Melaka yang ketiga
dengan gelaran Sultan Muhammad Syah. Baginda dikelilingi oleh kerabatnya
sendiri yang termasuk keluarganya, seorang Bendahara dan penghulu Bendahari
terawal yang merupakan adinda raja kerabat yang terhampir . Tome Pires
melaporkan bahawa ketika Parameswara berangkat dari Muar ke Melaka,
baginda pernah berkata ,"...with my wife and house."Sistem
Pentadbiran Melaka semakin berkembang dan bersistematik selaras dengan perkembangan
dan kekompleksan kerajaannya. Bilangan para pembesar yang paling asas yang
diwarisi sejak zaman Singapura dahulu bertambah dari semasa ke semasa supaya
sesuai dengan kehendak dan kehendak sosial, politik dan ekonomi semasa. Raja
Melaka yang kedua, Raja Besar Muda (Megat Iskandar Syah) disebut oleh Sejarah
Melayu sebagai 'memerintah istiadat takhta kerajaan baginda'. Antara peraturan
yang ditentukan oleh baginda ialah menwujudkan menteri yang bertanggungjawab
menyusun istiadat di Balairung, melatih para bentara yang bertugas di Balairung
dan melatih para biduanda. Tokoh yang memainkan peranan untuk melengkapkan lagi
istiadat dan sistem pentadbiran ialah Raja Kecil Besar (Sultan Muhammad Syah,
1424-1444 T.M). Beliau dikatakan telah 'meagatur takhta kerajaan
baginda'.Sejarah Melayu telah menerangkan dengan terperinci tentang pelbagai
jenis peraturan, tanggungjawab individu di istana ,memastikan berbagai-bagai
bidnag kuasa para pembesar, menentukan hak serta bidang kuasa raja Melaka,
menformalkan amalan adat serta istiadat yang berhubung dengan peraturan
berkerajaan dan penentuan protokol.
Dua pembesar atau menteri utama yang diwujudkan pada ketika itu ialah Temenggung dan Seri Bija Diraja. Keadaan pada masa itu memerlukan kedua-dua jawatan ini diwujudkan kerana masyarakat serta corak bandar Melaka yang semakin kompleks.Oleh sebab keamanan Melaka perlu diberi perhatian yang wajar maka wujudlah jawatan Temenggung untuk mengatasi keamanan disamping mangawal perjalanan urusniaga negeri. Dengan kehadiran Orang Laut sebagai tenaga utama untuk mengawal keselamatan diperairan Melaka bagi menggalakkan perdagangan maka diwujudkanlah jawatan Seri Bija Diraja sahaja ketua ketumbukan hulubalang di darat dan di laut ini. Kewujudan jawatan Syahbandar sukar untuk ditentukan .Jawatan yang penting ini muncul selari dengan kemunculan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan maka diwujudkanlah jawatan Seri Bija Diraja sahaja ketua ketumbukan hulubalang di darat dan di laut ini. Kewujudan jawatan Syahbandar sukar untuk ditentukan. Jawatan yang penting ini muncul selari dengan kemunculan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan dan entrepot. Hal-ehwal pelabuhan yang semakin kompleks dengan urusniaga, dan menjadi nadi kehidupan Melaka ketika itu menyebabkan Undang-undang Melaka meletakkan taraf jawatan Syahbandar ke taraf Pembesar Empat untuk melancarkan aktiviti perdagangan.
Dua pembesar atau menteri utama yang diwujudkan pada ketika itu ialah Temenggung dan Seri Bija Diraja. Keadaan pada masa itu memerlukan kedua-dua jawatan ini diwujudkan kerana masyarakat serta corak bandar Melaka yang semakin kompleks.Oleh sebab keamanan Melaka perlu diberi perhatian yang wajar maka wujudlah jawatan Temenggung untuk mengatasi keamanan disamping mangawal perjalanan urusniaga negeri. Dengan kehadiran Orang Laut sebagai tenaga utama untuk mengawal keselamatan diperairan Melaka bagi menggalakkan perdagangan maka diwujudkanlah jawatan Seri Bija Diraja sahaja ketua ketumbukan hulubalang di darat dan di laut ini. Kewujudan jawatan Syahbandar sukar untuk ditentukan .Jawatan yang penting ini muncul selari dengan kemunculan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan maka diwujudkanlah jawatan Seri Bija Diraja sahaja ketua ketumbukan hulubalang di darat dan di laut ini. Kewujudan jawatan Syahbandar sukar untuk ditentukan. Jawatan yang penting ini muncul selari dengan kemunculan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan dan entrepot. Hal-ehwal pelabuhan yang semakin kompleks dengan urusniaga, dan menjadi nadi kehidupan Melaka ketika itu menyebabkan Undang-undang Melaka meletakkan taraf jawatan Syahbandar ke taraf Pembesar Empat untuk melancarkan aktiviti perdagangan.
Jawatan
dan institusi Laksamana pula wujud semasa pemenrintahan Sultan Mansor Syah
(1456-1477). Jawatan ini pada awalnya 'ditempelkan' oleh Ratu Majapahit,
kemudian diformalkan oleh Sultan Mansor Syah. Orang yang pertama menyandang
jawatan ini ialah Hang Tuah. Kedudukan jawatan ini di istana adalah setara
dengan Seri Bija Diraja kerana kedua-duanya memikul pedang kerajaan secara
bergilir-gilir. Oleh yang demikian, tugas dan bidang kuasa Laksamana ini
semakin kukuh dan berpengaruh di Melaka, taraf jawatan Seri Bija Diraja pula
didapati semakin menurun.Menurut
huraian diatas jelaskan bahawa sistem pemerintahan kerajaan di Melaka merupakan
warisan daripada kerajaan Srivijaya. Ia hanya mengalami sedikit perubahan dari
segi susunan dan nama jawatan selepas pengasasan Parameswara.
EKONOMI
Dari segi geografi, Melaka terletak di
kawasan strategik di muara sungai di Selat Melaka yang menjadi tempat pertemuan
semula jadi kapal-kapal perdagangan antara Arab-India dan China-Jepun. Melaka
menjadi tempat persinggahan utama pertukaran monsun Timur Laut yangbertiup pada
bulan November hingga April dan angin monsun Barat Daya bertiup pada bulanMei
hingga Oktober. Melaka yang dilindungi oleh Banjaran Titiwangsa dan Pulau
Sumatera menjadikan laut Selat Melaka tidak bergelora. Pesisiran pantai
ditumbuhi pokok bakau api-apimengelak hakisan dan perairan yang dalam sesuai
dijadikan pelabuhan.Melaka terletak berhampiran pusat pengeluaran rempah, bijih
timah, emas dan pelbagai hasilhutan di kawasan pedalaman. Semenanjung Tanah
Melayu, Sumatera, Pulau Jawa danKepulauan Melayu yang lain mempunyai pelbagai
hasil yang telah lama diperdagangkan.Barang-barang ini amat diperlukan sebagai
barang dagangan Arab, Parsi, India dan Chinauntuk dijual kepada
pedagang-pedagang asing di tempat lain.Pemerintah Melaka menyusun Sistem
Syahbandar atau Pegawai Pelabuhan untuk menjagakebajikan, keselamatan dan
pengurusan perdagangan. Empat orang Syahbandar dilantik untuk urusan
perdagangan yang berlainan, iaitu setiap seorang mengendalikan saudagar
Gujerat,saudagar Benggala, Pegu dan Sumatera Utara, saudagar Kepulauan Melayu
dan saudagar negeri China, Indo-China dan Luzon. Kerajaan Melaka menyediakan
kemudahan membaikikapal, tempat penginapan para pedagang, bekalan makanan dan
air bersih serta gudangpenyimpanan barang yang selamat.Sistem cukai yang teratur
dan adil memberi faedah besar kepada pedagang asing dantempatan. Kemudahan lain
turut digunakan seperti piawai timbangan. Pegawai penguatkuasadilantik oleh
kerajaan Melaka bagi pemantauan undang-undang pelabuhan dijalankan secaraadil
dan saksama bagi mengelakkan penipuan, penindasan serta diskrimansi.
Pedagang-pedagang dengan rela hati datang ke Melaka tanpa perlu dipaksa seperti
berlaku semasapemerintahan Srivijaya.Kestabilan politik, pengurusan pelabuhan
sistematik dan jaminan keselamatan menyebabkansaudagar-saudagar asing optimis
dengan keuntungan perdagangan yang mereka perolehidengan membuat pelaburan di
Melaka. Saudagar-saudagar yang kaya dari Arab, Parsi, Indiadan China telah
mendirikan pusat perdagangan mereka di Melaka dan menjalankanperdagangan
pemborong. The Suma Oriental menyebut, pada tiap-tiap tahun, berpuluh-puluhbuah
jong pedagang Cina berniaga di pelabuhan Melaka.
PENDIDIKAN
Pengaruh Islam dalam
bidang pendidikan
• Agama dan ilmu pengetahuan
merupakan dua angkubah yang saling berkait dan pengaruh mempengaruhi, boleh
diibaratkan sebagai roh dengan jasad bagi sesuatu badan. Tidak bergerak jasad
tanpa roh begitu juga tidak berfungsi roh tanpa jasad. Tidak sempurna iman
seseorang tanpa ilmu pengetahuan begitu juga tidak berperanan ilmu secara
hakikinya tanpa iman.
• Di Melaka, sultannya yang
pertama, Megat Iskandar Shah 1414 Masihi hingga sultan-sultan yang akhir
sebelum tahun 1511 Masihi begitu mengambil berat tentang perkembangan pelajaran
dan pendidikan Islam.
• Bukan sahaja rumah-rumah,
masjid dan surau berperanan sebagai pusat pengajian Islam bahkan juga
istana-istana sultan. Fungsi istana selain dari tempat belajar dan bermuzakarah
ianya berperanan sebagai perpustakaan, tempat penterjemahan dan penyalinan
buku-buku.
• Rakyat digalakkan belajar
di mana-mana sahaja pusat pengajian ketika itu dengan memberi penekanan
intensif terhadap pengajian al-Quran dan asas agama.
• Hasil dari kegiatan
pengajian Islam yang dipelopori dan diawasi oleh sultan-sultan bukan sahaja
dapat menghapuskan buta huruf bahkan dapat melahirkan tokoh-tokoh agama dari
kalangan tempatan. Dikatakan Raja Alauddin Riayat Shah (1477 - 1488 Masihi)
sendiri adalah seorang ulama.
• Pengajian Islam di Melaka
sudah sampai ke tahap yang tinggi dan ianya bukan menjadi peringkat pengajian
yang semata-mata diletak ke bahu rakyat bahkan golongan raja-raja dan pembesar
sama-sama terlibat. Berpunca dari kemajuan ilmu pengetahuan itulah menjadikan
Melaka begitu kuat berpegang dengan ajaran Islam di samping menjadi pusat penyibaran
Islam yang terpenting di Asia Tenggara ketika itu.
• Agama Islam menyebabkan
lahir satu pendidikan yang teratur dan sistematik. Pendidikan agama yang diajar
di masjid dan surau dikembangkan menjadi pendidikan yang lebih praktikal, yang
dikenali sebagai sekolah pondok. Sistem pendidikan pondok menjadi asas kepada
masyarakat di Nusantara untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah dalam
pendidikan Islam.
• Dengan kejatuhan Melaka
pada tahun 1511 Masihi, Acheh mengambilalih menjadi pusat pengajian Islam yang
dinamis di rantau ini. Kemajuan dan perkembangan pelajaran dan pendidikan di
Acheh merupakan satu kesinambungan yang diasaskan oleh kerajaan Perlak dan
Pasai sebelumnya. Para ulama dipandang tinggi sehingga seseorang ulama boleh
memangku jawatan sultan bila ia mangkat sebelum dilantiknya sultan yang baru.
Kedudukan ilmu pengetahuan begitu penting di Acheh, di mana ia dijadikan syarat
bagi seseorang calon untuk memegang sesuatu jawatan dalam kerajaan. Selepas
zaman kegemilangan Acheh, pelajaran dan pendidikan Islam tersibar melalui
pusat-pusat pengajian di Jawa, Riau, Banjar, Patani, Kedah, Kelantan dan
sebagainya.
RUMUSAN/CADANGAN
Kesimpulannya,
kesan dari kegemilangan Melaka saya dapat simpulkan iaitu dari segi politik,
ekonomi dan pendidikan.
Sultan
Muhammad Shah adalah sultan yang pertama menggunakan gelaran "sultan"
bagi menggantikan gelaran 'seri' yang berunsur agama Hindu. Pada zaman
pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, corak pemerintahan dan kepimpinan
Islam telah diamalkan. Baginda dianggap mencontohi kepimpinan Khalifah Omar Al
Khatab iaitu dengan menyamar diri pada waktu malam untuk melihat sendiri
kehidupan rakyat dan mennagkap pencuri.Melaka juga telah mengadakan hubungan
diplomatik lebih luas bukan sahaja dengan negeri di kepulauan Melayu, China,
Kepulauan Ryukyu di Jepun tetapi Melaka juga telah menerima utusan dan hadiah
dari Raja Aden, Ormus, Cambang dan Bengal. Melaka juga menerapkan nilai-nilai
syariah dalam pentadbiran serta undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan
Undang-undang laut Melaka untuk mewujudkan satu sistem pemerintahan yang adil,
bermuafakat bermusyawarah dan persamaan taraf. Hukum-hukum adalah berkaitan
dengan membunuh, berzina dan meminum arak
Dari segi
ekonomi pula, Melaka telah menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal di dunia
pada abad ke 15. Banyak barang-barang yang berkaitan dengan Islam dibawa masuk
seperti kitab-kitab agama, minyak wangi, permaidani, pakaian dan sebagainya.
Melaka juga menjalankan konsep jual beli secara Islam seperti dalam soal timbangan
sukatan, konsep zakat, fitrah, wakal, sedekah.
Kesan
dari segi sosial pula, pada abad ke-15, Melaka menjadi pusat pengajian dan
perkembangan agama Islam yang terpenting. Banyak perkataan Arab seperti ilmu,
faedah, fardhu, sedekah, hikmat dan lain-lain lagi memperkayakan khazanah
bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa ilmu dan Lingua Franca.
PERANAN PARA ULAMA ISLAM
DALAM PERJUANGAN MENUNTUT KEMERDEKAANTANAH MELAYU
PENGENALAN
Malaysia kini telah mencapai kemerdekaan
setelah sekian lama melalui proses yang
panjang . Pengalaman negara yang dijajah selama beratus-ratus tahun menjadikan
semangat rakyat tanah air untuk memiliki negara sendiri yang berdaulat kian
menebal. Ulama-ulama yang terdahulu begitu berani dalam menegakkan keadilan dan hak mereka sehingaakan sanggup
mengorbankan nyawa masing-masing. Antara tokoh-tokoh yang berani menampilkan
diri adalah Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Kenali, Dato’ Bahaman dan Tok Gajah.
Mereka ini bukan sahaja menegakkan keadilan malah mereka merupakan ahli ulama
yang juga mengakkan agama islam. Ulama yang bermaksud pemimpin agama yang
bertugas untuk membimbing dan memandu umat Islam dalam masalah agama mahupun
harian yang diperlukan dari sisi keagamaan mahupun sosial kemasyarakatan.
Mereka ini juga merupakan orang yang berpengetahun tinggi dalam agama islam
sehinggakan salah seorang daripada mereka merupakan penulis buku.
TOK JANGGUT
Nama sebenar beliau adalah
Haji Mat Hassan bin Munas, berasal dari Kelantan. Dikenali sebagai Tok Janggut
kerana beliau memelihara janggut sampai ke paras dada. Beliau seorang penentang
penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak
British ketika Perang Tok Janggut di Kelantan. Beliau merupakan tokoh agama Islam yang
menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan malah mendapat pendidikan di Mekah dan juga mahir bersilat. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil
alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai
perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah
menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan.
FAKTOR PENENTANGAN
Pihak British mengambil
alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan
mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang
diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai
seperti cukai tanah, cukai kepala
sebanyak RM1.00 seorang (setahun), cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen (setahun), kelapa sebanyak 3 sen (setandan) dan sireh sebanyak
5 sen (sejunjung). Kesukaran membayar
cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar.Penduduk yang gagal membayar
cukai akan di tangkap dan didenda.Sikap biadap pengawai British yang
bertugas menimbulkan kemarahan penduduk
terhadap British. Sentimen
anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam
berjihad menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan
melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.
PERANAN TOK JANGGUT
Peranan
yang dilakukan oleh Tok Janggut adalah membunuh Sarjan Che Wan. Sarjan Che Wan
merupakan seorang pagawai British yang sangat berpengaruh. Dia juga merupakan
salah seorang pegawai yang zalim dalam
menindas rakyat dan memaksa mereka membayar cukai. Hal ini demikian
menyebabkan , Pegawai Daerah Pasir Puteh , Encik Latiff mengeluarkan waran
untuk menangkap Tok Janggut dan melantik Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok
Janggut atas tuduhan enggan membayar cukai dan membuat
mesyuarat sulit untuk menyerang Pasir Puteh. Dengan ini berlakulah satu
pertempuran antara British dan pasukan Tok Janggut. Dalam pertempuran itu , Tok
Janggut berjaya menbunuh Sarjan Che Wan yang selama ini menindas rakyat
tempatan Kelantan. Peristiwa inilah yang memulakan peperangan sebenar antara
Inggeris dan Tok Janggut. Tok Janggut juga berperanan dalam menghapuskan
ideologi yang disebarkan oleh pegawai British. Hal ini demikian dikenali sebagai
perang saraf. Dalam perang ini Pegawai Daerah Pasir Puteh iaitu Encik Latiff
telah menghantar beberapa pegawai untuk memburukan nama Tok Janggut
dan pengikutnya di kalangan rakyat tempatan dengan harapan generasi
semasa dan generasi yang akan datang menganggap lelaki itu dan kumpulanya
penderhaka dan pengkhianat Negara dan bangsa. Walaubagaimanapun , Tok
Janggut mengambil
tindakan segera dengan memberikan amaran kepada Encik Latiff atas perbuatan
beliau dan menyerang pegawai- pegawai British yang terlibat dalam perang saraf. Selain itu, beliau juga menyedarkan rakyat tempatan supaya menentang penjajahan
kuasa asing. Kesedaran Tok Janggut terhadap agama , bangsa dan tanah air
dipupuk sejak kecil lagi. Hal ini demikian terbukti apabila beliau belajar ilmu
agama di Makkah. Guru beliau iaitu Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya
berikhtiar membebaskan tanah air yang dikenali sebagai “Serambi Makka”. Beliau
menyebarkan ilmu ini kepada penduduk tempatan dan menjadi pejuang jihad yang
terkenal di Tanah Melayu.
MAT KILAU
Nama sebenarnya beliau ialah
Mat Kilau bin Imam Rasu, Bapanya dikenali sebagai Tok Gajah. Mat Kilau
dilahirkan di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Mat Kilau pandai
berzanji,berdikir maulad serta belajar berdikir rebana. Setelah berkahwin
dengan anak guru agamanya Yang Chik binti Imam Daud, barulah beliau belajar
bersilat dan menuntut ilmu kebatinan bahkan beliau juga mendalami silat dengan
menggunakan senjata seperti keris dan parang. Beliau juga banyak menuntut ilmu
dari ayahnya , Tok Gajah.
FAKTOR PENENTANGAN
J.P Rodger yang dilantik
sebagai residen Pahang ketika itu telah
membuat peraturan baharu sehingga
menimbulkan rasa tidak puas hati . Lalu mereka bangkit untuk untuk
menetang sistem residen yang dipimpin oleh Dato’ Bahaman. Pihak British telah
menguasai ekonomi Pahang terutamanya perlombongan. Selain itu, dalam sistem
residen ini telah menyebabkan sultan Pahang kehilangan pengaruh dan kuasa dalam
pemerintahan. Penubuhan sebuah Majlis Mesyuarat Negeri oleh J.P Rodger
telah menyebabkan sultan kehilangan banyak kuasa. Rakyat juga melahirkan perasaan
tidak puas hati dengan kemasukan pelombong-pelombong Eropah dan Cina yang
bersifat sombong dan bongkak serta tidak menghormati adat istiadat orang
Melayu Pembesar-pembesar telah kehilangan hak mereka sebagai pemungut
cukai dan pentadbir keadilan. Ini menyebabkan mereka kehilangan sumber
pendapatan dan jawatan yang dinikmati secara turun-temurun.
PERANAN MAT KILAU
Menyebarkan semangat
perjuangan menetang penjajahan di negeri jiran,Terengganu dan Kelantan bersama
beberapa pengikut/pembesar beliau.Menyatakan bahawa cukai yang dikenakan oleh
pihak inggeris sebagai penjajah terlalu tinggi dan mendapat persetujuan oleh
pahlawan yang lain seperti Tok janggut di Kelantan dan Abdul Rahman Limbong di
Terengganu.
TOK KENALI
Muhammad Yusuf bin Ahmad atau
dikenali sebagai Tok Kenali dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang
Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Namanya pernah disebut sebagai Awang.
seorang tokoh ‘Ulama’ Ulung, guru agama Islam yang agung, tokoh pembangun
pemikiran umat Islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di
Malaysia dan Asia Tenggara khususnya, di awal abad ke-20. Beliau seorang Alim
Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab
Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Kira-kira
umurnya 18 tahun, Tok Kenali menjejak ke Tanah Suci Mekah untuk meninggikan
pelajaran agamanya disamping menunaikan ibadah haji.
PERANAN TOK KENALI
Tok Kenali merupakan tokoh ulama yang banyak
menyumbang jasa dalam perkembangan Islam dan menuntut kemerdekaan . Namun begitu,
beliau tidak turut sama berperang meengangkat senjata seperti Tok Janggut dan
tokoh-tokoh lain, tetapi beliau menggunakan carayang lebih halus bagi
menyemarakkan semangat kebangsaan disamping kerohanian untuk menyedarkan rakyat
untuk bangkit berjuang. Peranan beliau dalam membantu memerdekakan negara
adalah beliau terlibat
dalam pemerintahan negeri iaitu Tok Kenali merupakan Ahli Dewan Ulama . Beliau telah
membantu menyusun undang-undang tubuh Majlis Agama dan adat istiadat Melayu
Kelantan. Tok Kenali juga telah terlibat menggubal Kanun Tanah Negeri. Tok Kenali juga berperanan
dalam mengasaskan sistem pondok atau serambi mekah di Kelantan. Sistem pondok
telah menggunakan bahan-bahan pelajaran berdasarkan kitab dengan mengkelas-
kelaskan kitab kepada pengajian peringkat rendah , menengah yang dipelajari
oleh berkelompok. Sistem pondok ini merupakan salah satu faktor pennyebaran
Islam di Tanah Melayu. Selain itu , sistem pondok ini juga membangkitkan
semangat nasionalisme di Tanah Melayu terutamanya di kalangan orang melayu dan
menyedarkan mereka tentang kepentingan kemerdekaan. Selain itu , beliau juga
berperanan dalam melahirkan angkatan pengarang. Di antara murid-murid Tuk
kenali terdapat suatu golongan atau angkatan pengarang buku-buku agama yang
mempunyai kedudukan yang baik di kalangan masyarakat Islam di dunia sebelah
sini.
DATO’BAHAMAN
Abdul Rahman Bin
Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato'Bahaman ialah
Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri
Pahang, Tanah Melayu. Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal
dari Bangkinang, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa
Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Seorang yang pandai
bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman
digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai
yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya
menjadi tempat persinggahan British.
FAKTOR PENENTANGAN
Antara faktor penentangan
Dato’ Bahaman adalah beliau telah kehilangan hak unyuk mengutip cukai. Ditambah
lagi, rakyat tidak dibernarkan lagi mengutip hasil hutan dengan bebas .
Kegiatan mereka yang lampau seperti memungut hasil hutan dan melombong hanya
dapat dijalankan dengan menggunakan lessen-lesen yang dikeluarkan oleh Pegawai
British. Tanah mereka terpaksa dijual dan dikenakan cukai 40 sen satu ekar.
Selain itu, Orang kaya Bahaman yang dipandang tinggi dan sangat berpengaruh
telah didesak oleh orang-orang besar Negeri untuk mencari penyelesaian. Oleh
sebab Dato’ Bahaman telah kehilangan hak istimewanya untuk mengutip cukai di
daerah kekuasaannya, Semantan, maka beliau telah merancang untuk menentang
penjajah Inggeris.
PERANAN DATO’BAHAMAN
Antara perjuangan beliau ialah menolak pelaksanaan
undang- undang British seperti sistem kehakiaman , pemungutan hasil tanah ,
sistem cukai , dan penubuhan pasukan polis luar di Pahang. Beliau juga terus
menentang British apabila anak –anak beliau ditangkap oleh British. British
telah menangkap anak – anak beliau kerana dipercayai terlibat dalam
pemberontakan yang mengugat keamanan di Pahang. Selain itu , beliau bersama Mat
kilau , Imam Rasul dan Tok gajah berjaya menawan balai polis Lubuk Terua yang
berada di bawah kuasa British. Beliau melakukan penentangan ini kerana
pembinaan balai polis di Lubuk terua , mencabar kuasa Dato Bahaman sebagai
pembesar di Lubuk Terua . Hal ini demikian kerana pihak British tidak berunding
terlebih dahulu dengan Dato Bahaman tentang pembinaan balai polis ini.
Pembinaan balai polis ini juga di kawasan lingkungan pengaruh Dato Bahaman.
Akibat daripada tekanan yang kuat daripada British telah menyebabkan Dato
Bahaman berundur ke Kelantan . Di sana beliau mendapat sokongan dan dorongan
dari pembesar Kelantan dan Pahang untuk menentang
British dari Pahang. Dengan bantuan yang dihulurkan oleh mereka , beliau sekali
lagi menghidupkan misinya untuk menghalau British. Walaubagaimanapun ,
penentangan ini berjaya dipatahkan oleh British . Akhirnya , beliau telah
berpindah ke Bangkok dan mendapat perlindungan politik dan bantuan ketenteraan daripada Raja
Chulalongkorn. Dengan ini , beliau melakukan serangan terakhir beliau
dalam misi mempertahankan Pahang daripada pegangan British . Walaubagaimanapun
, serangan beliau tetap gagal. Kemudian beliau menetap di Chieng Mai dan meninggal dunia di sana.
TOK GAJAH
Imam Rasu bin
Shahrum atau juga dikenali sebagai Tok Gajah, Khatib Rasu dan Imam
Perang Rasu ialah Orang Besar Raja Pahnag dengan gelarannya ialah Orang
Kaya Indera Gajah Pahang. Beliau juga merupakan penasihat utama Sultan
Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang . Beliau merupakan Orang Kaya
Raja yang berkuasa dari kawasan Batu Redap sampai ke Kuala Piul ,
kawasan dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa, kawasan
dari Pedah hingga ke Tanjung Lindung dan juga Lembahan
Sungai Budu di Lipis. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar
Empat di Pahang. Beliau juga merupakan ketua pasukan pemberontak dalam
penentangan terhadap penjajah British dan Sultan.
PERANAN TOK GAJAH
Tok Gajah juga berperanan dalam membantu Sultan Ahmad
dalam perang saudara. Dalam Perang Saudara Sultan Ahmad menentang saudaranya
Wan Mutahir. Selain itu , beliau juga berperanan dalam membantu perjuangan Dato
Bahaman dalam menawan balai polis Lubuk terua yang berada di bawah kuasa
British. Perjuangan ini dibantu oleh pembesar lain iaitu Imam Rasul dan Mat
Kilau. Beliau melakukan penentangan ini kerana pembinaan balai polis di Lubuk
Terua mencabar kuasa Dato Bahaman
sebagai pembesar di Lubuk Terua. Hal ini demikian kerana pihak British
tidak berunding terlebih dahulu dengan Dato Bahaman tentang pembinaan balai
polis ini. Lebih-lebih lagi pembinaan balai polis ini juga di kawasan
lingkungan pengaruh Dato Bahaman.
Peranan Tok Gajah juga terserlah dalam menawan Kuala
Tembeling. Peristiwa ini bermula pada akhir 1892 apabila orang melayu Pahang di
bawah pimpinan Datuk Bahaman , Mat Kilau dan Tok Gajah di Pahang diusir keluar
ke Hulu Kelantan. Pada Mei 1894, Mat Kilau dan Tok Gajah berpindah dari Hulu
Kelantan ke Kuala Terengganu dan tinggal di Kampung Seberang Engku Ngah. Ketika
di Kampung , Mat Kilau selalu berulang lik ke Kampung Paloh dan berjumpa Tok
Engku Sayyid. Pada 14 Jun 1894 , Mat Kilau dan Tok Gajah membawa 100 pengikut
untuk menyerang Inggeris di Kuala Tembeling dan mendirikan kubu di Jeram Ampai.
Pengajian Malaysia bab 1.4
Peranan
ulama islam dalam proses kemerdekaan : Abdullah fahim
SHEIKH ABDULLAH FAHIM
-Sheikh Abdullah Fahim pernah dilantik sebagai ahli Lembaga Masjid Al-Haram sewaktu di Makkah,Tuan Guru Sheikh Haji Abdullah Fahim mengambil kesempatan mempelajari ilmu politik islam dan antarabangsa.Beliau mempunyai kelulusan dalam lebih daripada 15 bidang ilmu islam.Kemahiran utama Tuan Guru Sheikh Haji Abdullah Fahim adalah bidang ilmu talak dan kesusasteraan.
-Sheikh Abdullah Fahim pernah dilantik sebagai ahli Lembaga Masjid Al-Haram sewaktu di Makkah,Tuan Guru Sheikh Haji Abdullah Fahim mengambil kesempatan mempelajari ilmu politik islam dan antarabangsa.Beliau mempunyai kelulusan dalam lebih daripada 15 bidang ilmu islam.Kemahiran utama Tuan Guru Sheikh Haji Abdullah Fahim adalah bidang ilmu talak dan kesusasteraan.
AMANAT SHEIKH ABDULLAH FAHIM (DATUK PAK LAH)DI AMBANG
MERDEKA
‘Bila kita dah merdeka jangan ada pemimpin yang ambil
kesempatan buat kekayaan atas belakang rakyat’.Orang melayu wajib berjuang
kerana bangsa tapi kebangsaan tak boleh tolak islam.Orang islam perlu
memperbaiki perselihan sesame mereka dan
setelah berdamai diharapkan berkekalkan.Inilah satu-satunya senjata yang boleh menguatkan kedudukan orang islam dan orang melayu.Jika terdapat seseorang yang beragama Islam yang mengkhianati bangsa,Negara dan agama,Allah akan gantikan bangsa lain yang beragama Islam manjaga tanah air kita.Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat yang baik sentiasa dalam keredhaan Allah.Sesiapa yang lupakan niat,khianat dan tamak akan dikermukai oleh Allah,akhirnya menjadi hina.
setelah berdamai diharapkan berkekalkan.Inilah satu-satunya senjata yang boleh menguatkan kedudukan orang islam dan orang melayu.Jika terdapat seseorang yang beragama Islam yang mengkhianati bangsa,Negara dan agama,Allah akan gantikan bangsa lain yang beragama Islam manjaga tanah air kita.Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat yang baik sentiasa dalam keredhaan Allah.Sesiapa yang lupakan niat,khianat dan tamak akan dikermukai oleh Allah,akhirnya menjadi hina.
LATAR
BELAKANG PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Proses kemerdekaan tanah melayu dicapai menerusi beberapa rundingan.Tujuan tersebut untuk membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajahan.Sebelum tahun 1946,semangat nasionalisme iaitu semangat cinta akan Negara dalam erti kata yang sebernarnya masih belum wujud lagi.Pendudukan Jepun di Tanah Malayu pada tahun 1941-1945 yang telah menggalakkan kemunculan di Negara ini.Hal ini menyebabkan tekanan hidup,pengalaman menjawat jawatan dan melahirkan golongan nasionalis yang terbabit dalam politik.
Pada zaman
dahulu pemimpin atau pemerintah dipilih dikalangan ulamak.Peneraju bangsa dan
menstabilkan ekonomi.
Dipercayai dan diikuti (pengaruh yang kuat).Namun,sejak sekian lama,terdapat perbezaan ekonomi dan hal ehwal Negara dikawal oleh pemerintah,manakala ulama’hanya dibernarkan bersuara tentang sesuatu hal agama sahaja dan jawatan ketua agama diberikan kepada sultan atau raja yang semakin lama semakin jauh dari ajaran islam.
Dipercayai dan diikuti (pengaruh yang kuat).Namun,sejak sekian lama,terdapat perbezaan ekonomi dan hal ehwal Negara dikawal oleh pemerintah,manakala ulama’hanya dibernarkan bersuara tentang sesuatu hal agama sahaja dan jawatan ketua agama diberikan kepada sultan atau raja yang semakin lama semakin jauh dari ajaran islam.
Ulama adalah
pewaris para nabi dan rasul.’(HR At-Tirmidzi dari Ad-Dadra radhiallah’anhu).Tugasannya
ialah membasmi buta huruf,merapatkan jurang perbezaan jantina dalam pendidikan,mengkaji
tabiat masyarakat,menerbit pelbagai bahan bacaan yang cukup berkesan,informative
dan berjaya menarik perhatian serta minat masyarakat seperti pengasuh,
qalam,neracha,ikhwan dan sebagainya untuk memahami islam secara syumul.
PERSATUAN MALAYA (Malayan Union)
-
kesatuan malaya yang lebih dikenali sebagai malayan union
-
ditubuhkan pada 1 april 1946 di Kings House (Carcosa Seri Negara) selepas
perang dunia 2
- ia
merupakan sebuah gabungan negeri-negeri melayu dengan negeri-negeri selat
(tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya
-
ditubuhkan setelah British kembali ke tanah melayu setelah jepun berundur dari
tanah melayu ekoran kekalahannya dalam perang dunia kedua
-
pengenalan sistem pentadbiran baru telah diluluskan oleh parlimen british pada
oktober 1945 yang diketuai oleh sir harold mac michael bagi mendapatkan
tandatangan drpd 9 org raja raja melayu dan diluluskan secara rasminya pada
bulan januari 1946
Faktor-faktor
Penentangan Orang Melayu terhadap Perlembagaan Malayan Union
•
raja raja melayu hilang kedaulatan
•
pemberian kerakyatan secara jus soli kepada
org asing akan menyebabkan hak istimewa org melayu terancang, mengurangkan
majoriti org melayu serta menjejaskan ekonomi dan politik org melayu
•
penggubalan malayan union dibuat di london
tanpa pengetahuan dan penglibatan pemimpin melayu
•
sir harold macmichael mendapatkan persetujuan
dan tandatangan raja raja melayu terhadap perlembagaan malayan union melalui
kekerasan, ugutan dan paksaan
ISI KANDUNGAN PERLEMBAGAAN RAKYAT
-singapura disatukan dengan tanah melayu
-sebuah kerajaan dan majlis negeri dipilih melalui
pilihanraya
-raja raja melayu mempunyai kuasa sebenar dan
bertanggungjawab kepada rakyat
-keistimewaan melayu diwujudkan
-adat istiadat dan agama islam dikawal oleh org melayu
-kerakyatan yang sama rata
-merah dan putih menjadi latar belakang bendera tanah
melayu
-bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
-pertahanan dan hal ehwal luar negeri menjadi
tanggungjawab bersama antara british dan tanah melayu
-warganegara tanah melayu harus dinamakan melayu
Perjuangan dan Proses Kemerdekaan Perseketuan Tanah
Melayu
Faktor semangat nasionalisma muncul
-org melayu menentang penjajah untuk memperjuangkan
kedudukan org melayu dan agama islam.
-kaum bukan melayu iaitu imigran cina dan india
menubuhkan persatuan .
-tokoh yang terlibat seperti zainal abidin ahmad ,
burhanuddin al-helmi turut menyemarakkan semangat nasionalisme
PILIHAN
RAYA UMUM 1955
u Pilihan
raya umum diadakan : 27 Julai 1955
u Parti perikatan yg dianggotai : UMNO-MCA-MIC
dibawah pimpinan Tunku Abdul Rahman.
u Parti perikatan memenangi 51/52 kerusi
u PAS memenangi 1 kerusi
u Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua
Menteri Persekutuan Tanah Melayu & membentuk sebuah kabinet
Persetujuan
Yang Berjaya Dicapai iaitu British
bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 danTanah Melayu kekal dalam lingkungan komanwel dgn mengamalkan sistem pemerintahan secara
demokrasi
Rakyat
tempatan ganti pegawai British memegang jawatan beberapa jawatan penting.Kerajaan
British dibenarkan menempat tentera di Tanah Melayu
Badan
bebas dibentuk utk gubal perlembagaan baru .
RUNDINGAN KEMERDEKAAN
u Tunku
Abdul Rahman menghantar memorandum kpd Pejabat Tanah Jajahan British utk
membuat rundingan kemerdekaan di London pd Ogos 1955 .
u Memorandum
diserahkan kpd Alan Lennox-Boyd
u 1
Januari 1956 , Tunku Abdul Rahman ketuai rombongan ke London
u Melibatkan
4 org wakil Raja Melayu dan 4 org wakil Perikatan
PEMBENTUKAN KEMERDEKAAN MALAYSIA
TINJAUAN DELEGASI KE LONDON:
Dalam
usaha mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah, semua negara di dunia
mempunyai pelbagai kisah dan pengalaman tersendiri dalam memperjuangkan
kemerdekaan. Ada yang berjuang sehingga mengorbankan banyak nyawa, ada yang
terpaksa bersekongkol dengan militan dan gerakan bawah tanah. Pada masa yang
sama ada juga yang percaya pada perjuangan tanpa keganasan.
Dalam konteks
kemerdekaan negara ini, kemerdekaaan tersebut dicapai melalui cara yang
berhemah iaitu melalui rundingan tanpa penumpahan darah.Rundingan tersebut unik
yang dapat membezakan negara Malaysia dengan negara-negara yang lain dalam
perjuangan kemerdekaan. Tarikh keramat 31 Ogos 1957 telah terpahat dalam sejarah
sebagai hari negara ini bebas daripada cengkaman penjajah yang sentiasa menjadi
petualang demi untuk kepentingan mereka.
Percubaan
pertama dalam pembentukan kemerdekaan Malaysia adalah pada 1954,iaitu Tunku
Abdul Rahman sebagai wakil pergi ke London untuk memperoleh kemerdekaan Malaya.
Bagaimanapun, percubaan tersebut gagal.
Pada tahun yang berikutnya, Pilihan Raya
Persekutuan yang pertama diadakan bagi melantik Ketua Menteri Malaya yang
pertama.Parti Perikatan merupakan gabungan UMNO dengan MCA yang memenangi 51 daripada
52 kerusi . Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama dan MIC
yang mewakili kaum India menyertai parti tersebut pada tahun 1955.
Pada
tahun 1955, Tunku sekali lagi pergi ke London untuk berunding kemerdekaan Malaya.
Orang menangis bergenang air mata, tapi Tunku menangis air mata bercucuran
membasahi pipinya. Lantas para serikandi UMNO dengan segera menyahut seruan
Tunku dengan menyerahkan apa jua barangan kemas yang ada di badan seperti
gelang, loket, subang, pin baju dan sebagainya untuk didermakan bagi membiayaai
pemergian Tunku dan rombongan. Manakala yang lelakinya pula menyerahkan tongkat
berkepala emas, jam tangan dan lain-lain barang berharga.
Walaupun tidak mencukupi
tetapi semangat orang-orang Melayu begitu tinggi untuk bersama berkorban apa
saja bagi mencapai hasrat kemerdekaan Tanah Melayu.Pada 1hb Januari 1956, Tunku
dan rombongan kemerdekaan bertolak ke Karachi, Pakistan dengan kapal laut MV
Asia dari Singapura. Dari Karachi, mereka meneruskan penerbangan ke
Kaherah seterusnya ke London. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di
London.Tunku Abdul Rahman membawa rombongan untuk berunding di London.
Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan
persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Antara anggota rombongan
tersebut adalah wakil daripada perikatan Tunku Abd Rahman, Tun Dr Ismail, Tun
H.S Lee, wakil daripada raja-raja Melayu Dato Panglima Bukit Gantang, Abdul
Aziz Othman dan lain-lain. Matlamat rombongan ini adalah untuk berunding
kemerdekaan Tanah Melayu dengan British.
Selepas persidangan tersebut, sebuah
suruhanjaya telah ditubuhkan. Suruhanjaya tersebut dinamakan suruhanjaya Reid.
Dalam penggubalan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, suruhanjaya tersebut mestilah
mengambil semua pandangan daripada masyarakat Tanah Melayu. 131 memorandum
bertulis daripada orang perseorangan dan beberapa pertubuhan telah diterima
oleh suruhanjaya tersebut.
Akhirnya kerajaan British akur memberi kemerdekaan
kepada Tanah Melayu dan satu perjanjian yang dinamakan Perjanjian London telah
ditandatangani pada 8hb Februari 1956. Mereka menetapkan tarikh 31hb Ogos 1957
bagi Persekutuan Tamah Melayu mencapai kemerdekaan mutlak. Sejak itu,
tanah air ini telah berjaya melakar pelbagai kejayaan dan kemakmuran yang
membanggakan untuk dikongsi bersama setiap warganya tanpa mengira kaum, agama
dan kedudukan.
Sambutan Kepulangan Rombongan Merdeka di Bandar Hilir Melaka
Rombongan
Tunku dari London sampai ke Singapura dan kemudiannya ke Melaka.Satu sambutan
besar-besaran diadakan membabitkan kira-kir 100,000 orang yang menunggu di
Padang Bandar Hilir yang kini dikenali sebagai Dataran Pahlawan.Sesungguhnya
laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Telah berkumandang buat pertama kalinya pada
20hb Februari 1956.Dengan itu maka pelbagai persiapan untuk pengisytiharan
kemerdekaan telah dilakukan termasuklah pembinaan Stadium Merdeka,Kuala Lumpur.
Rujukan
Laman web:
1)
http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/melaka-mencorak-tamadun-melayu.html
2)
http://fastnote.wordpress.com/faktor-penyebaran-islam-di-nusantara/
3)
http://fastnote.wordpress.com/pengaruh-islam-dalam-hukum-kanun-melaka/
4) http://studentsrepo.um.edu.my/359/4/BAB3.pdf
5) http://cikgungasri.blogspot.com/2012/03/islam-di-melaka.html
6) http://www.youtube.com/watch?v=EuBHHa02OAk
7)
http://insanmukmin.blogspot.com/2011/03/bahasa-melayu-penyebaran-islam.html
8) http://kajiantempatantahun5.blogspot.com/p/unit-3.html
9) http://minatduit78.blogspot.com/2012/10/duit-syiling-peringatan-sempena_4524.html
10) https://www.google.com/search?q=sejarah+dan+politik+tinjauan+london&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjagMLp6_LcAhWbWysKHWo8AtgQ_AUICigB&biw=1536&bih=759#imgrc=Gx0WUfYi6VQTOM:
11) http://politeknikgrouppolisas.blogspot.com/2014/10/pada-2-januari-1956-rombongan.html
10) https://www.google.com/search?q=sejarah+dan+politik+tinjauan+london&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjagMLp6_LcAhWbWysKHWo8AtgQ_AUICigB&biw=1536&bih=759#imgrc=Gx0WUfYi6VQTOM:
11) http://politeknikgrouppolisas.blogspot.com/2014/10/pada-2-januari-1956-rombongan.html












